Saya Trader

Para traders yang saya hormati.
Nama saya Noor Shufaad Md Norani. Saya seorang Professional Trader di dalam bidang Currency(Forex), spot (gold dan silver), US Stock dan Bursa Malaysia semenjak dari tahun 2006. Saya juga seorang mentor untuk subjek Analisis Teknikal Harga Emas kepada ribuan pelabur dan penyimpan emas fizikal semenjak dari tahun 2010 lagi.
Selain itu, saya juga merupakan seorang penulis buku. Setakat ini, saya telah pun menulis buku Analisis Teknikal Harga Emas, Analisis Fundamental Harga Emas dan 5 Strategi Price Action (ebook).
Sebelum memilih kerjaya sebagai seorang trader, dahulunya saya bekerja di Bahagian K-Ekonomi Melaka. Keje gomen. Kemudian, saya mendapat tawaran untuk bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat dari JPA tetapi saya telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.
Di pendekkan cerita, sekarang saya memilih untuk menjadi seorang trader untuk pasaran spot gold, currency (forex) dan juga stock (US dan Bursa Malaysia).
Jadi, apa yang best sangat jadi trader ni?
- Anda tak perlu bangun pagi pergi kerja (kecuali anda memang suka bangun pagi).
- Takde bos nak suruh anda buat itu ini (Anda = Bos)
- Tekanan tempat kerja = kosong
- Takde politik tempat kerja. Tak perlu kipas siapa-siapa dan yang paling penting…
- Aman, bahagia dan sentosa
Best kan? Itu cuma sebahagian dari apa yang boleh anda lakukan apabila anda bergelar seorang trader, seperti saya.
Sekarang, bagaimana saya boleh membantu anda?
Mudah.
Jika anda seorang newbie atau trader yang baru nak tau pasal online trading atau macam mana rasanya jadi seorang trader, saya ada sesuatu untuk anda yang boleh membantu anda memahami bidang online trading dengan lebih mudah, murah dan tepat.
Dan memandangkan kareer sebagai trader ini boleh di buat secara full time atau part time, saya cadangkan anda yang berminat mencari income atau pendapatan tambahan untuk mengambil serius peluang ini.
Memperkenalkan, buku Saya Trader.
setebal 215 muka surat ini terbahagi kepada 9 bahagian.
- Saya pilih untuk jadi seorang trader.
- Perjalanan yang panjang bermula dengan langkah yang pertama
- Risk, Reward dan lot size
- Jiwa raga saya, Candlestick
- Harga vs Momentum
- Sentiasa ikut trend
- Fundamental sebagai penggerak harga
- Anda sudah bersedia untuk trade?
- Golden Trading Rules
Apakah inti pati buku ini? Apa yang akan saya kongsikan dengan anda? Dan apakah yang boleh anda pelajari dari buku ini?
- Saya berkongsi pengalaman saya loss selama 3 tahun berturut-turut dan bagaimana saya bangkit kembali. Kalau setakat cerita untung je, tak best la kan? Saya juga ada bagi tips macam mana nak berhadapan dengan kerugian.
- Saya juga akan menunjukkan kepada anda sumber rujukan dan sifu-sifu saya. Sebab apa? Mudah saja. Kalau saya mati, anda boleh direct berguru dengan mereka. Terus ke source!
- Saya ada strategi khusus untuk mengelakkan akaun anda dari terkena Margin Call. Serius saya ada! Anda kena ada displin yang kuat untuk follow. Itu saje.
- Apa yang perlu anda tahu tentang lot size dan bagaimana untuk menggunakannya dengan efektif dan berkesan. Berbeza mengikut broker, tetapi asasnya tetap sama.
- Saya juga akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendapatkan net profit yang lebih tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan risiko loss anda, walaupun peratus kemenangan anda ialah 50%.
- Anda suka candlestick pattern? Bagus. Saya akan tunjukkan kepada anda high reliability pattern dan bagaimana untuk trade pattern-pattern tersebut.
- Saya juga akan memberikan idea kepada anda di mana hendak letak Stop loss dan Take Profit yang sangat berkesan untuk apa sahaja pasaran.
dan banyak lagi.
Secara ringkasnya, saya menceritakan berdasarkan kepada pengalaman saya, bagaimana hidup sebagai seorang trader, apa yang perlu di pelajari dan di kuasai dan yang paling penting sekali saya juga menceritakan tentang strategi mudah yang saya gunakan untuk trade Spot Gold dan Currency.
Berapa harganya? Murah sahaja. Hanya RM70. Anggaplah ini sebagai pelaburan pertama anda di dalam usaha untuk menjadi seorang trader, seperti saya. Sekurang-kurangnya anda sudah tahu cabaran dan rintangan yang bakal anda hadapi kelak.
Berminat?
So, bertindak sekarang. Saya harap anda akan mengambil peluang ini untuk belajar satu ilmu online trading yang selamat dan berkesan.
Terima kasih dan Happy Pipping!
Sila Isi borang pembelian dibawah dan dapatkan buku saya trader ini